#G.H.M#

PELBAGAI INFORMASI,CERITA DAN VIDEO MENARIK MASA KINI DALAM DAN LUAR NEGARA.

Sebab Kenapa Selipar Di Malaysia Dipanggil Selipar Jepun

Kenal gambar ini? Ya anda pasti kenal, benda inilah yang anda gunakan dalam kehidupan seharian kita untuk ke mana-mana sahaja. Jika kasut tak ada, selipar pun jadi lah..
Sekarang penggunaan selipar untuk pergi ke pusat membeli belah (shopping complex) sama ada di Isetan ke, Lot 10 ke, atau pun Plaza Sg. Wang, kebanyakan orang kita sekarang lebih gemar memakai selipar daripada menggunakan kasut.
Mana tidaknya, kasut ada yang bertali, agak sukar apabila diapakaikan. tentu ada yang malas nak gunakan kasut dengan alasan malas nak ikat tali kasut. Ataupun kasut berat. Dan alasan paling releven, kasut mahal sangat.
Bukan tujuan kami untuk menggalakkan anda menggunakan selipar untuk ke mana-mana, tetapi artikel yang dikongsikan dari seorang forumer ini di sebuah forum adalah mengenai penggunaan perkataan ‘selipar jepun’ yang begitu sinonim dengan masyarakat Malaysia sejak dari dulu lagi.
Persoalannya adakah selipar yang ada di pasaran sekarang benar-benar memang dicipta di Jepun?
Asal-usul penggunaan perkataan ‘selipar jepun’ sehingga kini tidak dapat dipastikan. Selipar yang ada pada hari ini sebenarnnya sudah lama bertapak di Malaysia sebelum kedatangan Jepun lagi. Maksudnya selipar berbentuk biasa ini dah lama ada, bukannya ketika kedatangan Jepun ke Tanah Melayu.
a.) Ketika kedatangan Jepun ke Tanah Melayu, mereka menyeksa tahanan dengan menampar muka menggunakan selipar. Selipar ini juga digunakan untuk menyeksa tahanan di penjara, Caranya ialah dengan memasukkan selipar ke mulut mangsa, dipaksanya tahanan tersebut menggigit selipar hingga patah gigi.
b.) Tentera Jepun juga dikenali kerana nafsu buas dan bengis, merogol perempuan-perempuan dan memasukkan selipar ke kemaluan mangsa. Perbuatan yang diumpamakan lebih kejam dari binatang.
c.) Tentera Jepun memaksa tahanan memasak selipar, kemudian di suruh makan selipar. Perencah masakan selipar itu adalah air sabun cap XXX.
d.) Pada zaman Jepun memerintah, kasut memang sukar untuk diperoleh. Kerana ketika itu harga kasut memang melambung, dengan wang daun pisang Jepun yang sudah tidak laku, maka penduduk Malaya terpaksa pergi ke mana-mana menggunakan selipar. Hanya tentera Jepun atau balaci Jepun sahaja yang berkasut.
e.) Dan akhirnya, disebabkan takut dengan kekejaman jepun, bila ternampak selipar, maka orang-orang dahulu terus memanggilnya sebagai SELIPAR JEPUN.
Dari zaman ke zaman dan dari generasi ke satu generasi, selipar jepun menjadi popular dan telah diterima oleh seantero Tanah Melayu, dengan menggelarkan mana-mana selipar sebagai selipar Jepun.
Tetapi jika anda berpeluang melawat negara Jepun, sebenarnya selipar jepun itu (Japanese Slipper) sebenarnya adalah istilah kepada ‘mix drink’ atau pun lebih dikenali sebagai arak yang dicampur dengan manisan.
Sejauh mana kebenaran dari artikel di atas tidak dipastikan secara teorinya, cuma apa yang kami ingin sampaikan selipar Jepun memang amat popular hingga ke hari ini kerana harganya yang murah, tahan lasak dan sesuai dipakaikan kemana-mana sahaja
0 Komentar untuk "Sebab Kenapa Selipar Di Malaysia Dipanggil Selipar Jepun"

Popular Post

 
Copyright © 2014 #G.H.M# - All Rights Reserved
Template By Catatan Info