KEBIASAANNYA gadis Siam atau China doll sering kali menjadi kegilaan lelaki dari Malaysia.
Namun, keayuan gadis Champa tidak kurang tandingnya. Memiliki wajah ayu dan sentiasa menjaga aurat, gadis-gadis ini sering tersipu setiap kali menerima kehadiran orang luar terutamanya dari Malaysia.
Tetapi, bukan mudah untuk memiliki anak dara Champa kerana mereka juga mempunyai pantang larang sama seperti gadis di Malaysia.
Sungguhpun kegiatan sindiket nikah kahwin tidak seaktif seperti di Thailand atau di Lombok, gadis-gadis ini biasanya tidak sanggup untuk meninggalkan keluarga di Kemboja.
Tinjauan Sinar Harian di Kampung Ampil, daerah Champa mendapati, kira-kira 10 gadis dilamar lelaki dari Malaysia dalam tempoh setahun dan kurang lima gadis memilih lelaki Champa sebagai calon suami.

Mas kahwin
Kebiasaannya, majlis perkahwinan di daerah Champa menelan belanja sekitar AS$1,200 (RM3,900) iaitu mas kahwin AS$1,000 (RM3,300) diikuti majlis kenduri kira-kira AS$200 (RM650).
Bagi menjimatkan kos, mereka biasanya melakukan majlis perkahwinan ketika musim Aidiladha kerana mempunyai banyak bekalan daging.
Adat perkahwinan Champa, tidak mengamalkan budaya memberi atau menerima hantaran atau berkompang.
Ketika era 50-an, mas kahwinnya hanyalah sekadar sehelai baju atau tudung.
Namun, syarat nikah kahwin yang lain masih sama seperti adat Melayu iaitu memerlukan kadi, saksi dan lain-lain.
'Parti bujang'
Seminggu sebelum hari bernikah, bakal pengantin perempuan biasanya akan meluangkan masa sekurang-kurangnya tiga hari bersama sahabat dan rakan-rakan. Mereka akan memakai inai dan bergurau bagi meraikan hari-hari terakhir sebelum bergelar isteri.
Pengalaman itu di lalui Nor Atikah Abdullah, 20, yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan keluarga, Musa Kasam, 25.
Menurutnya, dia hanya melihat bakal suaminya dari jauh tanpa pernah berinteraksi.
“Bakal suami adalah pilihan keluarga. Kami tidak pernah ‘dating’. Selepas setahun keluarga setuju untuk menikahkan kami,” katanya.
Bagi bakal pengantin lelaki pula, mereka juga mempunyai parti bujang.
Menurut jurubahasa tempatan, Rahili Abdul Karim, permainan sihir adalah perkara biasa di kalangan penduduk Champa.
“Pernah terjadi di mana pengantin lelaki gugup dan langsung tidak boleh bercakap ketika akad nikah. Ketika itu, penghulu meminta rakan-rakan pengantin membuang sihir,” katanya.
Menurutnya, perkara itu pernah terjadi di kampung ini namun sejak kesedaran Islam meningkat ia sudah tidak berlaku lagi.

Sukar didekati
Gadis Champa sememangnya murah dengan senyuman tetapi mereka sukar didekati apatah lagi untuk menerima lamaran dari lelaki dari Malaysia.
Marina Halim, 18, yang fasih berbahasa Melayu berkata, sungguh pun kini dia bekerja sebagai pembantu restoran di Kuantan, Pahang tetapi dia tidak berhasrat untuk berkahwin dengan orang luar.
“Saya ke Malaysia untuk cari rezeki dan saya tidak mahu berkahwin dengan mereka kerana tidak mahu meninggalkan ibu,” katanya.
Menurutnya, berbekalkan gaji RM1,200 sebulan, RM700 akan diberi kepada keluarganya.
“Cukup dua tahun di Malaysia dan lepas tu saya mahu pulang ke kampung,” katanya.
Vanita Said, 14, pula menyuarakan pandangan sama untuk tidak memilih suami dari Malaysia.
“Saya tidak mahu tinggalkan keluarga kerana Malaysia bukan tempat saya. Saya hanya mahu bekerja di Malaysia dan bukannya untuk berkahwin,” katanya.

Ramai janda di kampung Champa
Bagaimanapun sepanjang berada Kampung Ampil, penulis dapati ramai wanitanya bergelar ibu tunggal seawal usia 19 tahun.
Ibu tunggal yang hanya mahu dikenali sebagai Fatimah memberitahu, dia berkahwin pada pada usia 19 tahun.
“Saya diceraikan talak tiga ketika berusia 25 tahun hanya kerana saya miskin. Ibu mertua tidak suka lalu suami ceraikan,” katanya.
Difahamkan juga, ramai kalangan ibu tunggal ini tidak mempunyai pengetahuan untuk hidup berdikari.
Mereka sentiasa menjadi wanita kelas kedua dan masih berfikiran sempit.
NGO Malaysia bantu
Atas kesedaran itu, kumpulan NGO Al-Itisam Relief Program (ARP), Yayasan Amanah Perdana Malaysia (YAPM) dan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam berusaha memperkukuhkan ekonomi mereka menerusi program Misi Prihatin Kemboja Korban dan Akikah edisi ke-8.
Pengarah Eksekutif ARP, Mohd Shah Sapiel berkata, program pembangunan ekonomi dilakukan secara berperingkat.
“Kami memperkenalkan cara menjahit manik. Mereka berbakat, cuma tidak mempunyai modal untuk mendapatkan keperluan asas menjahit," katanya.
Menurutnya, ARP kini bercadang mewujudkan bengkel jahitan bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir.
“Selepas 20 hari, kami akan ambil hasil kerja tangan dan akan dipasarkan ke Malaysia melalui saluran sukarelawan. Keuntungan jualan itu dipulangkan semula kepada mereka,” katanya.
Ironinya, jika kena dengan cara, cukup ilmu agama tidak mustahil gadis-gadis Champa ini boleh dimiliki oleh lelaki dari Malaysia.
Mereka benar-benar menepati cita rasa lelaki yang berkehendakkan wanita yang taat pada perintah agama dan insan bergelar suami

0 Komentar untuk "Gadis Champa Yang Cantik Penuh Pantang Larang"